Kuala Lumpur – Kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa antara faktor yang menyebabkan indeks persepsi rasuah negara ini menjadi semakin buruk.
Abdul Rahman
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, jika Guan Eng benar-benar mahu membantu negara mengurangkan persepsi negatif berkaitan rasuah, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu mesti meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Persepsi mengenai rasuah yang dikatakan negara kita jatuh teruk memang betul, sebab Ketua Menteri Pulau Pinang telah dituduh dengan rasuah di mahkamah.
“Kalau hendak bantu kerajaan turunkan persepsi ini Ketua Menteri Pulau Pinang mesti letakkan jawatan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) berhubung indeks persepsi rasuah terhadap Malaysia pada sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Suasana kecoh seterusnya tercetus dalam sesi tersebut apabila Kor Ming tiba-tiba bangkit mencelah dan cuba mempertahankan Guan Eng.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman memberitahu, deklarasi harta yang diumumkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PKR Selangor kepada orang ramai hanya nampak indah di atas kertas semata-mata.
“Walaupun cantik, deklarasi harta ini ia tidak bermakna tidak berlakunya rasuah. Masih ada ruang untuk rasuah kerana pemilik sesuatu harta ini boleh diletakkan di bawah nama isteri atau anak,” jelasnya.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Kor Ming berhubung langkah keraaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat, Abdul Rahman berkata, ketidaktentuan geopolitik, kelembapan ekonomi dunia dan penurunan harga komoditi utama merupakan penyumbang kepada penurunan kedudukan negara dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WCY).
Katanya, Malaysia jatuh ke tangga ke-24 tahun ini berbanding kedudukan ke-19 pada 2016.
“Walaupun kedudukan negara menurun, skor keseluruhan Malaysia menunjukkan peningkatan kepada 83.53 peratus tahun ini berbanding 83.05 peratus tahun lepas.
“Peningkatan skor ini adalah hasil penambahbaikan yang ketara bagi indikator utama dalam laporan itu, seperti pelanggan jalur lebar mudah alih, produktiviti buruh, bilangan paten dan juga pengangguran belia,” katanya.
0 comments:
Post a Comment