Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 1, 2017

[TEMERLOH] TAHAN SAKIT LEBIH TIGA JAM


Tahan sakit lebih tiga jam


Gara-gara hanya mahu mengambil pemetik api yang terjatuh ke dalam mangkuk tandas, seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan beberapa jam selepas tangan kanannya tersangkut pada lubang tandas, di sini petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hashnuddin Hussain berkata, ketika kejadian di Flat Taman Seri Kemuning itu, mangsa berseorangan di rumah.

Menurutnya, berdasarkan laporan daripada mangsa, tangannya tersangkut pada saluran najis itu ketika cuba mengambil pemetik api yang terjatuh semasa mangsa menggunakan tandas itu petang kelmarin.

“Ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri di rumah, mangsa berusaha melepaskan tangannya beberapa kali tetapi gagal dan tindakannya itu akhirnya berjaya didengari seorang jiran yang kemudian menghubungi bomba.

“Kami menerima maklumat kejadian jam 4.18 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian bersama lima anggota dan terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong dan memecahkan simen pada tandas itu.

“Ketika kami tiba, mangsa berada dalam keadaan stabil dan pasukan bomba menggunakan peralatan khas seperti pemecah batu, pemotong besi bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersangkut tersebut,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, anggotanya selesai mengeluarkan tangan mangsa yang tersangkut itu pada jam 7.43 malam setelah memotong dan memecahkan simen, mangsa dihantar ke Hospital Temerloh bersama besi salur paip yang melekat di tangannya

Hashnuddin berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati kerana kejadian kemalangan seperti itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Menurutnya, kalau boleh cuba elakkan daripada melakukan perkara luar biasa yang di luar kemampuan manusia.


0 comments:

share2