Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 1, 2017

PENGUSAHA STESEN MINYAK TAK PERLU BIMBANG


stesen minyak


Pengusaha stesen minyak digesa tidak terlalu bimbang dengan penurunan harga minyak sejak sebulan lalu kerana ia dijangka berlaku untuk jangka masa pendek sahaja.

Pengarah Urusan Seng Group, Datuk Seri Dr King Lim Chin Fui berkata, walaupun banyak stesen minyak tidak memperoleh keuntungan dalam tempoh sebulan lalu, tetapi masa depan bagi perniagaan stesen minyak masih cerah.

Menurut Chin Fui yang memiliki syarikat dengan mengendalikan 300 stesen minyak di seluruh negara, mana-mana stesen minyak tidak boleh menutup operasi perniagaan mereka dengan sewenang-wenangnya kerana ia boleh menjejaskan bekalan minyak kepada pengguna.

Katanya, sebanyak 15 stesen minyak Caltex yang dijangka menamatkan perniagaan mulai 1 Julai ini disebabkan kontrak dengan syarikat minyak, Chevron tamat dan penamatannya turut diluluskan oleh kerajaan.

"Buat masa ini, terdapat kira-kira 4,000 stesen minyak beroperasi di seluruh negara dengan dikendalikan lima syarikat iaitu Shell, Petronas, Caltex, BHP dan Petron.

"Sekiranya diuruskan dengan baik, stesen-stesen minyak ini masih mampu memperoleh keuntungan," katanya kepada China Press.

Beliau berharap, kerajaan dapat menaikkan kadar komisen jualan minyak kerana ia sudah tidak diperbaharui lebih daripada 10 tahun.

Buat masa ini, kadar komisen untuk petrol jenis RON95 dan RON97 ialah 12.19 sen seliter manakala tujuh sen seliter bagi diesel.

"Pengiraan komisen ini berdasarkan pada setiap satu liter yang dijual. Oleh itu, sama ada harga minyak naik atau turun, kadar komisen tetap tidak berubah," jelasnya.


0 comments:

share2