Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 3, 2017

KILANG SIMPAN MERCUN TERBAKAR


Kilang simpan mercun terbakar


Kulai - Sebuah kilang penyimpanan barang lusuh yang dipercayai menjadi stor simpanan mercun di Kawasan Perindustrian Senai 3, di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba, Solleh Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.19 petang dan bergegas ke lokasi bersama lima anggota.

Solleh berkata, operasi memadam kebakaran berkenaan turut dibantu BBP Kulai dan BBP Skudai.

"Kami menerima panggilan pada jam 5.19 petang dan mendapati berlaku kebakaran di sebuah kilang yang menjadi tempat simpanan mercun berukuran 100x40 kaki persegi.



"Keseluruhan operasi membabitkan tiga jentera serta 17 anggota dan sehingga jam 7 malam operasi memadam masih dijalankan bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kilang bersebelahan.

"Semakan juga sedang dibuat sama ada kilang penyimpanan barangan lusuh berkenaan mempunyai kebenaran untuk menyimpan mercun," katanya.


0 comments:

share2