Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 29, 2017

JALAN RAYA GETAH DAPAT SELAMATKAN NYAWA


Jalan raya getah: Malaysia jadi negara pertama


Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi tidak menolak teknologi getah beku jalan raya dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Ini kerana menurut beliau, permukaan jalan raya yang bergetah dapat memberi lebih cengkaman kepada tayar kenderaan di atas jalan raya.

“Teknologi seperti ini bukan sahaja wajar dilaksanakan bukan sahaja di selekoh-selekoh tajam, malah ia juga perlu jalan raya biasa.

“Saya percaya dengan adanya teknologi baharu seperti ini, lebih ramai nyawa dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui Sinar Online baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut beliau lagi, pelaksanaan itu masih di peringkat kajian dan pihaknya masih meneliti hasil dapatan kajian di beberapa jalan raya yang terlibat.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berpendapat, penggunaan teknologi tersebut tidak akan dapat menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan jalan raya.

Menurut Sazally, kebanyakan kes kemalangan berlaku disebabkan sikap pengguna jalan raya sendiri.

Katanya lagi, faktor keadaan jalan raya hanya penyumbang kecil kes melibatkan kemalangan jalan raya negara ini.

Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan getah beku bagi teknologi penurapan jalan raya melalui kaedah Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA).

Ia adalah campuran yang terdiri daripada Cup Lump Modified Binder (CMB) dan batu baur (aggegate).

Kajian bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak dua tahun lepas mencapai fasa baharu dalam teknologi campuran getah dalam campuran asfalt selepas diperkenalkan lebih 60 tahun lepas.

Jalan Persekutuan FT 001 dari Kampung Desa Bertemu Jodoh hingga ke Kampung Kwong Sai bakal melakar sejarah apabila terpilih sebagai lokasi pertama projek penggunaan CMA sejauh 10 kilometer yang dijangka dimulakan Ogos ini.


0 comments:

share2