Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 29, 2017

HINA ISLAM: 20 NGO BUAT LAPORAN POLIS


Hina Islam: 20 NGO buat laporan polis


Ipoh - Dianggarkan 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Perak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung status menghina, mencerca hingga menyentuh sensitiviti umat Islam dimuat naik di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Status yang dipercayai milik individu yang hanya dikenali sebagai Amirul Mukminin itu dikesan telah dimuat naik sejurus tamat khutbah Aidilfitri baru-baru ini.

Difahamkan, status berkenaan didapati mencerca serta menghina khutbah yang melabel fahaman liberalisme, LGBT dilabel sebagai musuh Islam termasuk mengekalkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan berdoa dalam bahasa Arab, Qatar dikatakan Muhajirin.

Status berkenaan turut menghina khatib (imam) dengan kata-kata kesat yang keterlaluan.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan akan melakukan siasatan berhubung perkara berkenaan.


0 comments:

share2