KANSAS - AMERIKA SYARIKAT . Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah mendera dan membunuh anak mereka sendiri.
Laporan Kansas City mengatakan Michael A. Jones, 46 mengaku bersalah mendera Adrian, 7 dan menjadikan mayat mangsa bagai makanan kepada khinzir di sebuah ladang ternakan.
Saki-baki mayat Adrian ditemui polis pada November 2015 lepas di ladang yang disewa atas nama Michael dan isterinya yang merupakan ibu tiri Adrian, Heather.
Sebelum penemuan berkenaan, polis menyerbu kediaman suami isteri berkenaan untuk menyiasat kes gangguan domestik dan mendapati Adrian telah 'hilang' selama beberapa bulan.
Menurut detektif Syart Littlefield, mangsa didera dengan kejam oleh pasangan tersebut termasuk ditembak dengan pistol elektrik (stun gun).
Penyiasat juga menemui rangkaian kamera keselamatan yang dipasang oleh pasangan berkenaan yang mengandungi berpuluh-puluh bukti penderaan terhadap Adrian selama beberapa bulan.
Siasatan polis juga mendapati Adrian meninggal dunia akibat kebuluran.
Kakak Adrian, Kiki Doctor, 20, mendakwa Michael 'seorang yang menakutkan'.
"Awak layak dipenjarakan selama-lamanya tanpa peluang untuk parol," kata Kiki di mahkamah.
Dua lagi adik-beradik Adrian, Madison, 12 dan Tiesa, 7 kini dijaga oleh keluarga angkat dan diberikan rawatan terapi.
0 comments:
Post a Comment