Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 18, 2017

[MARAN] PENERIMA BR1M DISARAN BELI INSURANS


Penerima BR1M disaran beli insurans


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disaran membeli insurans sebagai perlindungan diri serta jaminan jika ditimpa kemalangan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, perlindungan insurans sangat penting kepada individu kerana jika ditimpa musibah kemalangan, individu terbabit akan mendapat pelbagai faedah termasuk bayaran rawatan perubatan, ganti rugi dan pelbagai.

Bagaimana pun kesedaran untuk memiliki ya dalam kalangan anak muda dan warga desa masih kurang disebabkan faktor kewangan.

“Justeru adalah lebih elok penerima BR1M menggunakan sebahagian kecil wang tersebut untuk membeli insurans bagi faedah diri, keluarga dan masa depan. Namun ini terpulang kepada keperluan dan kehendak masing-masing.

“Pada masa kini banyak pilihan insurans takaful yang berlandaskan Islam malah di tanah rancangan sendiri ada pilihan insurans. Terpulang kepada individu.

“Ada baiknya setiap orang memiliki perlindungan insurans sendiri bagi pembelaan diri dan keluarga di masa depan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada pesakit kronik, warga emas, OKU dalam program Ziarah Kasih Umno Bahagian Maran, baru-baru ini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, kerajaan menyasarkan 30 juta rakyat di negara ini akan dilindungi insurans.

Dalam pada itu, beliau berkata, Skim Perlindungan Insurans untuk 100,000 pemandu teksi, Grab dan Uber yang akan dilaksanakan 1 Jun tahun ini bakal memberi manfaat kepada golongan terbabit dengan geran permulaan RM60 juta diperuntukkan kerajaan.


0 comments:

share2