Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 21, 2017

[KUANTAN] MILIKI PAKAR HIDUPAN LIAR


Miliki pakar hidupan liar


Kebanyakan haiwan diselamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mati disebabkan beberapa faktor antaranya keadaan yang kritikal sejak awal.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata, haiwan-haiwan yang diselamatkan kebiasaannya berada dalam keadaan kurang baik kerana ada antaranya diseludup.

“Jadi ia mungkin kekurangan makanan dan air selain di tempatkan di tempat kurang sesuai yang menjejaskan kesihatan seperti mengalami tekanan,” katanya mengulas laporan media mengatakan satu pertiga haiwan diselamatkan Perhilitan mati akibat kekurangan kepakaran.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Hari Biodiversiti sempena Tahun Melawat Pahang dan melancarkan buku Taman Negara: A Guide to the Park di Taman Gelora, semalam.

Menurutnya, Perhilitan mempunyai pakar hidupan liar berpengalaman dan melakukan yang terbaik dalam menjaga dan merawat haiwan-haiwan diselamatkan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Hamim berkata, kementerian akan membentangkan Rang Undang - Undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (ABS) di Parlimen, Julai depan.

Beliau berkata, kelulusan rang undang-undang amat penting bagi memastikan akses kepada sumber biologi negara dilaksanakan mengikut panduan jelas bagi jaminan faedah selain mencegah kecurian sumber biologi negara.


0 comments:

share2