Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 7, 2017

[KUANTAN] LARIAN BENDERA UMNO SEMPENA ULANGTAHUN KE 71 TIBA DI PAHANG.



Larian Bendera UMNO dari Terengganu memasuki sempadan Negeri Pahang hari ini di Padang Cendor, Kuantan.

Bendera UMNO dibawa oleh Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato’ Johari Jailani yang mewakili Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu untuk diserahkan kepada Ketua Bahagian UMNO Indera Mahkota Dato’  Mustaffa Kamal Hamid.

Bendera kemudian diserahkan kepada Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah untuk di bawa kepada Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob.

Sempena Larian Bendera Ulang tahun UMNO tahun ini, Bendera UMNO ini akan di bawa melalui jalanraya ke ibu negara melalui Temerloh dan Bentong untuk diserahkan kepada wakil UMNO Selangor di Gombak.

0 comments:

share2