Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 7, 2017

36 TERBUNUH, BAS JATUH DALAM GAUNG


36 terbunuh, bas jatuh dalam gaung


Arusha - Pihak berkuasa mengesahkan sebuah bas sekolah penuh dengan murid sekolah rendah terbabas dari jalan yang curam dan jatuh ke dalam gaung menyebabkan 36 terbunuh di mana 33 daripadanya adalah kanak-kanak, lapor CNN.

Menurut Komander Polis Aruba, Charles Mkumbo, kemalangan maut tersebut berlaku di daerah Karatu Utara, Tanzania di pinggir kawasan Pemuliharaan Ngorongoro, semalam.

“Kawasan kemalangan adalah di bukit yang mempunyai cerun yang curam dan dikhabarkan bahawa hujan lebat ketika kejadian berlaku.

“Setakat ini, polis masih lagi menyiasat serta mengenal pasti punca kemalangan. Kita tidak tahu jika pemandu tersebut baru atau disebabkan kegagalan teknikal,” katanya.

Pemandu bas dan dua orang guru terbunuh dalam kemalangan tersebut manakala dua lagi pelajar kritikal namun terselamat.

Difahamkan murid sekolah rendah tersebut berusia di antara 12 hingga 13 tahun sedang dalam perjalanan ke sekolah lain untuk mengambil peperiksaan.

Sementara itu, PresidenTanzania, John Magufuli meluahkan rasa sedih dan kesal beliau di atas kemalangan yang mengejutkan itu.


0 comments:

share2