Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 1, 2017

SPRM SERBU PEJABAT TERESE KOK


SPRM


Shah Alam - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Jalan Luchai Lama, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

“Kita ada pergi ke pejabat YB itu (Teresa) itu pagi tadi untuk mendapatkan dokumen-dokumen,” katanya ringkas kepada Sinar Harian Online.

Difahamkan, kehadiran SPRM ke premis berkenaan adalah untuk mendapatkan dokumen yang ada kaitan dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Terdahulu, Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengalu-alukan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk saman beliau kerana dakwaan fitnah serta tidak berasas berhubung isu dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Jamal berkata, beliau akan membuat satu majlis untuk menerima surat saman tersebut.

“Kita sudah lama sedar isu dana Yawas ini, kerana ada ahli Umno yang memohon dan mendaftar, namun permohonan mereka ditolak atas pelbagai alasan.

“Pada awalnya saya tidak mendapat maklumat terperinci sehingga saya menerima maklumat daripada sumber-sumber yang tidak perlu dedahkan, oleh itu saya bertanya kepada beliau (Teresa) berhubung isu ini,” katanya.

Baru-baru ini, Jamal sekali lagi mendedahkan berlaku penyelewengan Yawas menerusi SMUE yang didakwa dilakukan seorang lagi Adun Selangor sejak 2008 sehingga kini.

Jamal berkata, beliau mempunyai bukti kukuh menerusi dokumen setebal 78 muka surat itu bahawa skim khairat kematian yang diberikan kepada waris yang telah meninggal dunia sebanyak RM2,500 untuk rakyat di negeri ini telah disalah guna.

Sebanyak dua laporan polis dibuat di balai polis itu bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong dan mereka turut diiringi Penasihat Undang-Undang NGO Malaysia, Datuk Mohd Imran Tamrin.


0 comments:

share2