Makin menjadi-jadi pula aksi penjenayah sekarang ini apabila bersahaja melakukan kesalahan tanpa mengira waktu waima aktiviti mereka jelas dapat dilihat orang ramai.
Terbaharu, tiga penjenayah berjaya melarikan beberapa dulang barang kemas dalam kejadian rompak sebuah kedai emas di Taman Chai Leng Park, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, penjenayah dengan selambanya membawa lari dulang berisi emas dengan hanya meletakkan barang tersebut di atas bakul sebuah motosikal.
Semakin berani penjenayah kini yang mencuri pada siang hari dan kemudian boleh pula membiarkan kesalahan mereka itu dilihat orang ramai.
Difahamkan, penjenayah terbabit menggunakan sepucuk pistol dan parang ketika melakukan rompakan serta menaiki dua buah motosikal.
Namun, jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak polis.
0 comments:
Post a Comment