Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 22, 2017

[ROMPIN] LEKA KOPAK TABUNG MASJID


Leka kopak tabung masjid


Seorang lelaki leka memecahkan dua tabung Masjid Kampung Pianggu sehingga tidak sedar perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu kelmarin.

Setiausaha Jawatan Kuasa Masjid Kampung Pianggu, Md Nasir Ab Aziz berkata, kejadian sekitar jam 10 pagi itu disedari seorang AJK masjid yang kebetulan singgah di masjid berkenaan sekitar jam 12 tengah hari untuk mengambil anaknya di sekolah.

Menurutnya, AJK berkenaan melihat tabung telah dikopak dan wang terkumpul sudah tiada selain keadaan sekitarnya bersepah.

“Kedua tabung itu bukan untuk masjid sebenarnya, tapi masing-masing untuk tujuan sumbangan kepada Sekolah Tahfiz Al-Umm, Kampung Sepakat dan satu lagi kutipan sumbangan untuk tujuan kebajikan.

“Jadi kami cepat-cepat periksa rakaman CCTV...suspek pakai seluar pendek paras lutut berselempang tuala, dia naik kereta Proton Wira warna hitam,” katanya kepada Sinar Harian.




Md Nasir berkata, kejadian itu sebelum ini pernah berlaku beberapa kali tetapi tiada bukti menyebabkan pihak masjid tidak membuat laporan polis.

Berikutan itu, pihak masjid memutuskan untuk memasang CCTV supaya mempunyai bukti sekiranya kejadian sama berulang.

Beliau berkata, kemungkinan kali ini suspek terperangkap dengan rakaman CCTV kerana melakukan perbuatan salah itu tanpa menutup mukanya seterusnya memudahkan pihak berkuasa mengesannya.

“Kita sudah serah bukti kepada polis dan berharap suspek dapat ditangkap serta diberi hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Nor yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kes itu dalam tindakan pihaknya.

“Berdasarkan bukti rakaman CCTV yang diberikan, setakat ini suspek telah dikenal pasti,” katanya.


0 comments:

share2