Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan akhbar Indonesia yang mendakwa pihaknya tidak memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia dalam menangani kegiatan dan aktiviti penyeludupan dadah.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff menafikan laporan tersebut kerana ianya tidak benar sama sekali.
Menurutnya, sebagai pihak penguatkuasa yang bertanggungjawab memerangi jenayah dadah ini, kita sentiasa memberikan kerjasama dengan mana-mana agensi di semua negara.
“Dalam konteks ini, Malaysia sentiasa bertukar risikan dan maklumat dengan banyak negara berhubung jenayah rentas sempadan meibatkan penyeludupan dan pengedaran dadah.
“Kita mempunyai kerjasama erat dengan polis Indonesia dan banyak pendekatan yang telah kita jalinkan bersama mereka, bila kita ada amaklumat kita akan bekalkan” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.
Katanya, pihaknya mempunyai aspirasi yang sama dengan agensi penguatkuasa di negara lain dalam membanteras kegiatan dadah.
“Kalau ada laporan yang kata kita tidak beri kerjasama, saya tidak bersetuju,” katanya.
0 comments:
Post a Comment