Kuala Lumpur - Umat Islam dinasihatkan supaya memilih untuk bersama parti politik yang berjuang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik berkata, sekiranya terdapat dua parti politik Islam bekerjasama dengan parti politik pimpinan bukan Islam, maka umat Islam dinasihatkan supaya memilih salah satu yang dilihat kurang memudaratkan.
"Jika kedua-dua parti Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam, jadi pilihlah antara mereka yang kurang memudaratkan," katanya semasa menjawab soalan salah seorang peserta di majlis Ijtimak 150 Cendekiawan Islam Malaysia bersama Dr Zakir Naik-Menangani Islamobfobia, semalam.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai isu Islamofobia, beliau tidak menafikan bahawa media antarabangsa adalah antara pihak yang dilihat memainkan peranan mewujudkan keadaan itu di seluruh dunia.
"Tidak dinafikan, media antarabangsa adalah medium paling berkuasa di dunia.
"Dengan kelebihan itu, mereka cuba wujudkan gambaran yang tidak baik terhadap Islam sehingga Islam sering disalah anggap sebagai pencetus kepada kegiatan keganasan dan ekstremis kepada penganut agama lain di seluruh dunia," katanya.
0 comments:
Post a Comment