Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 18, 2017

‘MOWGLI' MUNGKIN SUDAH TEMUI KELUARGA KANDUNG


mogwli


Sebuah keluarga mendakwa kanak-kanak perempuan yang ditemui hidup bersama sekumpulan monyet di dalam hutan di Uttar Pradesh dan digelar `Mowgli perempuan’ merupakan anak mereka.

Ramzan Ali Shah, 45, dan isterinya Nazma, 35, mendakwa kanak-kanak itu hilang dari pasar ketika mereka sedang membeli barang pada 28 Mac tahun lepas.

Selepas melihat gambar kanak-kanak terbabit di dalam surat khabar, mereka telah melawat kanak-kanak itu yang kini ditempatkan di rumah kebajikan.

Mereka bagaimanapun perlu menjalani ujian DNA bagi menentukan sama ada kanak-kanak terbabit mempunyai pertalian darah dengan mereka.


“Dia adalah anak saya yang hilang pada tahun lepas. Kami telah melakukan segala-galanya untuk mencarinya. Kami laporkan pada polis dan edarkan gambar tetapi tiada yang membantu.

“Kami sangkakan dia telah meninggal dunia,’’ kata Ramzan.

Laporan sebelum ini menyebut kanak-kanak itu kemungkinan telah dibuang oleh keluarganya dan dibesarkan oleh monyet di dalam hutan simpan terpencil di Bahraich.

Kanak-kanak itu dipercayai berusia lapan tahun dan tidak boleh bercakap atau berjalan seperti manusia biasa, tidak ubah seperti kisah dalam novel klasik The Jungle Book.

Usaha mengesan identitinya kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.


0 comments:

share2