KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan
Ke 5 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke 13 di Wisma Pahang.
Dalam titah ucapan baginda mengucapkan tahniah kepada
Kerajaan Pahang pimpinan Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob meneruskan agenda pembangunan
Rancangan Malaysia Ke 11 di Pahang.
Projek berharga RM 2.4 bilion merupakan 141 projek baru sementara 190 adalah projek sambungan untuk tahun 2017.
Baginda berharap sektor pertanian terus berkembang maju.
Sehingga kini 18 peratus nilai
pengeluaran susu segar 2016 negara adalah dari Pahang. Baginda ingin melihat Pahang terus keluarkan makanan untuk keperluan
negara demi sekuriti negara yang kini mengimport makanan untuk rakyat.
Baginda bersyukur nilai pelaburan Pahang meningkat kepada RM 5.2
bilion pada tahun lalu berbanding RM3.9 bilion pada 2015.
“Bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat, syabas kepada MB Pahang yang mewujudkan program rumah mampu milik iaitu Rumah Makmur dan Rumah
Prima Pahang. Sehingga kini kerajaan telah pun meluluskan sebanyak 102 Projek
Prima Pahang dengan 37,000 unit rumah.”
“Manakala bagi Rumah Makmur yang mensasarkan golongan
berpendapatan kurang dari RM 5,000.00 dan ke bawah sebanyak 5 projek telah
diluluskan melibatkan lebih kurang 1,900 unit rumah.” Titah Pemangku Raja Pahang.
Baginda juga mengingatkan dalam melaksanakan program
pembangunan kerajaan negeri harus ambil kira pemuliharaan alam sekitar. Kawasan risiko tinggi seperti tanah tinggi dan punca air harus
diambil kira kerana ia bakal diwarisi generasi akan datang, titah baginda lagi.
0 comments:
Post a Comment