Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 16, 2017

JANGAN TERTIPU BELI KERETA MURAH


Acryl Sani


Berhati-hati sekiranya anda berhajat membeli kenderaan terpakai di laman e-dagang. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga murah kerana itu berkemungkinan adalah perangkap. 

Rata-rata mereka yang menjadi mangsa menyedari ditipu setelah memasukkan sejumlah wang sebagai pendahuluan. Setelah itu, mereka gagal menghubungi pihak yang menjual kenderaan tersebut. 

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, orang ramai seharusnya menggelakkan rasa tergesa-gesa ketika melakukan pembelian terutamanya melalui atas talian. 

“Berurus niaga secara online perlu waspada. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah, jualan penghabisan stok, barangan reject, tawaran untuk hari ini sahaja dan seumpamanya yang menyebabkan kita tergesa-gesa membuat pembelian,” ujarnya. 

Katanya, seharusnya sebagai pelanggan perlu mengambil inisiatif untuk mengenali penjual, dengan memastikan ianya betul wujud. 

Bagaimanapun ujarnya, sekiranya pelanggan merasakan dirinya menjadi mangsa kepada penipuan, mereka perlulah bertindak membuat laporan polis supaya tindakan pembanterasan dapat dilakukan. 

Kronologi kes 

1- 1 Januari 2013 - Seorang pemuda kerugian RM5,000 ketika membuat urusan jual beli di internet. Mangsa, dikenali sebagai Fendy 28, terpengaruh dengan harga RM25,000 bagi Subaru Impreza menerusi iklan di laman web sedangkan harga pasaran sekitar RM90,000. 

Lelaki yang menjual kereta tersebut yang dikenali dengan nama Wong meminta Fendy memasukkan wang RM5,000 sebagai deposit. Wong kemudiannya memberikan dia satu alamat di Seremban, Negeri Sembilan kononnya untuk penyerahan kereta dan baki pembelian.

Fendy curiga kerana tempat itu seperti rumah tinggal dan menyedari dia ditipu apabila menunggu di sana lebih dua jam dan Wong masih tidak muncul.

15 Mac 2017 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Selangor telah mengesan satu penipuan jual beli atas talian melalui laman web di mana pihak polis telah menerima sebanyak empat laporan mengenai penipuan yang melibatkan penjualan kereta jenis Nissan Vannete yang dilaporkan ke atas penama Yoong Wun Kang yang diiklankan dalam laman web tersebut. 

Selain itu, laporan polis juga dibuat melibatkan penipuan penjualan kereta jenis Land Cruiser terpakai dengan nombor pendaftaran ST 6243 yang melibatkan tiga laporan polis dibuat ke atas penama Leong Kai Ling dan satu laporan polis telah dibuat ke atas penama Lam Kin Seong melibatkan penjualan kereta terpakai jenis Perodua Kelisa.


0 comments:

share2