Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 1, 2017

DOKTOR 'PASANG' TELINGA PESAKIT DI LENGAN


Doktor 'pasang' telinga pesakit di lengan


Hong Kong - Seorang pakar bedah plastik di China berjaya menggantikan telinga seorang lelaki yang hilang akibat kemalangan kereta dengan anggota badan itu yang ditanam di lengan pesakit itu.

Pembedahan penyambungan dijalankan dengan jayanya di First Affiliated Hospital of Xian Jiaotong University di Xian, pada Khamis.

Pesakit yang hanya dikenali dengan nama keluarga Ji, hilang telinga kanannya dalam kemalangan kereta lebih daripada setahun yang lalu dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital kira-kira dua minggu lagi apabila telinga barunya itu boleh berfungsi secara normal, menurut media tempatan Xinhua.

Ji menjalani pembedahan selama tujuh jam yang diketuai pakar bedah plastik terkemuka Guo Shuzhong, yang membuat semula telinganya.

Guo berkata, pembedahan Ji sangat rumit kerana kecederan teruk pada muka akibat kemalangan itu dan ia menyebabkan kesukaran untuk mencari saluran darah sesuai untuk menyambung semula pada teliga yang baru dan berfungsi dengan normal.

"Pembedahan terpaksa dilakukan dengan menggunakan 10 kali kanta pembesar pembedahan dan benang yang lebih halus daripada rambut manusia," kata Guo.

Keseluruhan proses penyambungan semula itu telah mengambil masa empat bulan untuk persiapan dan tiga pembedahan.

Pada peringkat pertama, tambahan kulit dihasilkan dengan teknologi percetakan 3D diimplan di lengan kanan Ji.

Air terpaksa disuntik setiap hari untuk menghasilkan ketulan pada lengan bagi membentuk telinga baru.

Pada peringkat kedua, doktor diekstrak rawan dari salah satu tulang rusuk Ji, yang dibentuk dan diimplan di bawah kulit berkembang pada lengannya, membolehkan telinga baru berkembang.

Guo berkata Ji tidak kehilangan pendengaran selepas kemalangan itu, namun mempunyai telinga baru boleh menyembuhkan tekanan selepas trauma dan membina semula keyakinannya. 


0 comments:

share2