Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 22, 2017

BUNTU RAWAT IBU STROK


Buntu rawat ibu strok


Pendang - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah buntu untuk menyara ibunya apabila dia diarahkan doktor untuk berehat selama enam bulan daripada melakukan kerja berat.

Syarifah Che Muda, 37, berkata, doktor mengarahkan dia berehat selama enam bulan kerana baru menjalani pembedahan di kepala akibat ketumbuhan.

“Selama ini saya jaga ibu dan sara segala keperluannya sebab adik beradik lain tinggal jauh. Suami saya juga penoreh dan mampu ke kebun seorang diri, tapi saya runsing sebab sekarang selalu hujan dan dia tak dapat ke kebun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kerkau, semalam.

Syarifah berkata, ibunya, Rodiah Hussain, 73, diserang strok tiga bulan lalu selepas terjatuh di rumah kenduri.

Menurutnya, sejak itu ibunya hanya mampu terlantar di katil.

“Dia hanya boleh bergerak dengan bantuan saya dan suami. Adik beradik lain juga ada jenguk keadaan emak. Emak perlu memakai lampin pakai buang yang memakan belanja agak besar. Sebulan saya perlu membelanjakan RM150 untuk beli lampin pakai buang saja,” katanya.

Tambah Syarifah, pelbagai kaedah rawatan dilakukan untuk menyembuhkan ibunya, namun keadaannya tetap sama sehingga kini.

Susulan itu, Syarifah meminta bantuan orang ramai berkongsi maklumat untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu dengan menghubungi talian 0194428644.


0 comments:

share2