Seramai 14 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kongsi mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 5, Jalan Mentakab-Karak dekat Temerloh pagi tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Tajudden Ibrahim berkata kebakaran kira-kira 7.48 pagi itu melibatkan 16 unit daripada keseluruhan 20 unit rumah.
Beliau berkata seorang warga Indonesia yang berumur lingkungan 50-an turut cedera di muka ketika dia dikatakan cuba menyelamatkan barangan miliknya.
Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Punca kejadian masih disiasat.
0 comments:
Post a Comment