'Tourism Pahang' (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser) sekali lagi mengadakan pertandingan bertaraf antarabangsa 'Bukit Fraser International Bird Race 2017' pada 25 dan 26 Februari lalu.
Menurut Yb. Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang ini adalah kali ke-30 pertandingan mengenal burung ini dilangsungkan sejak 1988 secara berterusan selama 30 tahun.
Menurut beliau lagi, kali ini ada sebanyak 105 pasukan termasuk dari 14 buah negara luar dan melibatkan lebih dari 300 peserta yang mengambil bahagian. Selain dari pertandingan mengenal burung, beberapa aktiviti lain juga disediakan bagi menambah kemeriahan hari pertandingan berkenaan antaranya pertandingan mengambil gambar, pertandingan mewarna burung bagi kanak-kanak dan bengkel @ seminar 'Nature Talk' oleh pakar-pakar dalam bidang tertentu.
Gerai-gerai pameran dan jualan peralatan berkaitan 'telescopic' juga turut mempamerkan produk-produk hasil keluaran terbaharu jenama masing-masing.
Mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, DS Sharkar menyatakan bahawa tidak akan ada pembangunan baharu yang akan dibuat, jika ada pun ianya hanyalah berbentuk 'replacement' dengan menggantikan bangunan lama kepada bangunan baharu ditapak yang sama.
Menjawab soalan wartawan mengenai cadangan pembinaan 'cable car' di Bukit Fraser, ianya tidak akan dilaksanakan kerana beberapa sebab antaranya adalah menjaga alam sekitar dengan mengabilkira 'carrying capasity' serta juga ianya tidak menguntungkan pemaju kerana jumlah pengunjung yg terhad.
Pada 22 dan 23 April nanti akan diadakan satu acara baharu 'Music On The Hill'. Pesta muzik yang pertamakali akan diadakan di Bukit Fraser dan akan melibatkan pemuzik-pemuzik tempatan dan antarabangsa. Ini bertujuan untuk menambah dan mempelbagaikan tarikan pengunjung ke Bukita Fraser.
Pada 22 dan 23 April nanti akan diadakan satu acara baharu 'Music On The Hill'. Pesta muzik yang pertamakali akan diadakan di Bukit Fraser dan akan melibatkan pemuzik-pemuzik tempatan dan antarabangsa. Ini bertujuan untuk menambah dan mempelbagaikan tarikan pengunjung ke Bukita Fraser.
0 comments:
Post a Comment