Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 8, 2017

PIZZA HUT HASILKAN KASUT 'PINTAR' PESAN PIZZA


Pizza Hut Hasilkan Kasut 'Pintar' Pesan Pizza


Kemajuan teknologi peranti menjanjikan dunia di mana kebanyakan produk di rumah kini seolah-olah menjadi begitu ‘pintar’.

Lihat sahaja pembangun yang menghasilkan lampu tidur, pendingin hawa, televisyen dan katil pintar semuanya boleh dikawal melalui peranti pintar.

Kini wujud pula kasut pintar Pie Tops, yang boleh memesan pizza dengan hanya menekan lidah kasut.




Memetik laporan Amanz, kasut bola keranjang Pie Tops ini dihasilkan oleh Pizza Hut untuk mempromosikan pesanan piza secara atas talian sepanjang musim March Madness.

Ia merujuk kepada musim demam peminat terhadap satu kejohanan bola keranjang peringkat universiti di seluruh Amerika Syarikat.

Sebanyak 64 Pie Tops dihasilkan oleh Shoe Surgeon bagi mewakili 64 pasukan dan kesemua kasut ini akan diberikan secara percuma kepada selebriti dan juga pelanggan setia Pizza Hut.


0 comments:

share2