Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 24, 2017

PADAH GUNA PERISIAN SALINAN LANGGARAN


Padah guna perisian salinan langgaran


Ipoh - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas sebuah komputer riba dan komputer desktop yang mengandungi perisian salinan langgaran bernilai RM64,000 dalam serbuan di dua premis perniagaan di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak, Ahmad Ahrazzudin Ahmad Hamdan berkata, serbuan di kedua-dua premis itu dilakukan pada 22 dan 23 Mac lalu setelah menerima aduan daripada pihak Business Software Alliance (BSA).

Katanya, serbuan pertama di premis yang menjalankan perniagaan rekaan dalaman di Taman Canning itu mendapati terdapat tiga perisian salinan langgaran bernilai RM44,000 dalam sebuah komputer riba.

"Kita menyita sebuah komputer riba berkenaan kerana menggunakan perisian salinan langgaran Office Enterprise 2007, Auto Cad 2012 dan 3DS Max Design 2014.

"Dalam serbuan kedua di premis perniagaan di Silibin, kita menyita komputer desktop kerana mempunyai satu perisiaan salinan langgaran Auto Cad 2014 yang bernilai RM20,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Mesyuarat KPDNKK Perak, Bangunan Persekutuan, di sini, hari ini.


0 comments:

share2