Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 20, 2017

[MENTAKAB] GESA MPT SELESAI MASALAH JALAN ROSAK


Gesa MPT selesai masalah jalan rosak


Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) digesa membantu penduduk Taman Sri Layang di sini menyelesaikan masalah permukaan jalan raya yang pecah sejak lebih sebulan lalu.

Penduduk, Samsudin Ahmad berkata, kerosakan jalan raya itu menyebabkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk terutama sekali penunggang motosikal kerana ia berbahaya dan boleh mengundang kemalangan jika tidak berhati-hati.

“Jiran saya ambil tindakan sendiri buat sementara waktu dengan menampal lubang pada jalan tersebut dengan batu-batu kecil. Usaha ini berkesan buat sementara waktu tetapi lama kelamaan lubang semakin besar dan batu yang ditampal tidak lagi sesuai,” katanya.

Samsudin berkata, kerosakan jalan di lorong Sri Layang 1 itu pada mulanya kecil sahaja berpunca pada musim hujan lalu tetapi semakin besar sejak beberapa minggu lalu dan semakin teruk.

Menurutnya, apabila ada kenderaan penduduk berselisih mereka terpaksa berhenti kerana hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui.

“Saya harap pihak berkuasa tempatan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk ini,” katanya.


0 comments:

share2