“Peningkatan perniagaan On-Line meningkat dengan pesat sejak
kebelakangan ini sehingga 90 peratus daripada urusan Pos Laju membabitkan
urusan perniagaan On-Line. Bulan lalu sahaja pendapatan Pos Laju daripada
perniagaan On-line membawa pendapatan lebih RM400 ribu.”
EXCO Komunikasi dan Multimedia Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsuddin berkata peningkatan
pesat itu memerlukan perkhidmatan Pos Laju meningkatkan perkhidmatan bagi
memenuhi peniaga On-Line.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan perkhidmatan
stesen pandu lalu Pos Malaysia Berhad atau dikenali sebagai EziDrive-Thru di
Pejabat Pos Besar Kuantan.
Menurut beliau, perkhidmatan berkenaan dapat menjimatkan
masa orang ramai serta memudahkan pelanggan Pos Laju membuat penghantaran
barangan melalui pos tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka.
Pelanggan boleh menghantar kiriman hanya melalui tingkap
kereta dan sekiranya mereka memerlukan bantuan, kakitangan EziDrive-Thru akan
membantu memunggah keluar barangan berkenaan.
Ia merupakan stesen ke tujuh di dalam Malaysia dan yang
pertama di Pantai Timur. Sambutan yang diterima juga menggalakkan di mana 200
pelanggan telah menggunakan perkhidmatan ini di hari pertama kaunter dibuka.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Negeri Pos Malaysia
Pahang, Anita Abdul Razak.
0 comments:
Post a Comment