Perumahan untuk generasi ke2 Felda dijangka dapat
diselesaikan dengan cepat dengan pendekatan baru dengan pemberian tanah ukuran
5 ribu kaki persegi kepada mereka untuk dijadikan tapak rumah.
Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata,
kerajaan negeri dan Felda bersama agensi kerajaan lain membantu dari segi
pembinaan infrastruktur
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis
Pelancaran dan Pecah Tanah Tapak Perumahan Berperancangan Generasi Kedua di
Felda Keratong 5.
Pengerusi Felda Tan
Sri Shahrir Abdul Samad berkata menerusi program itu, Felda bekerjasama dengan
kerajaan negeri menyediakan tapak rumah untuk peserta yang terpilih sebelum
mereka yang terlibat membuat membuat pinjaman dengan Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB) untuk pembinaan rumah.
"Usaha untuk mengatasi masalah rumah generasi kedua
memang sentiasa diberi perhatian oleh pihak Felda, kepimpinan negara serta
negeri, yang mencari jalan untuk membantu golongan berkenaan.” Kata Tan Sri
Shahrir.
Pada majlis itu Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob menyifatkan
tindakan 125 generasi kedua Felda Keratong 5 yang berusaha mendapatkan tapak
tanah yang terletak di bawah Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA) untuk
pembinaan kediaman yang lebih selesa bagi mereka merupakan satu tindakan yang
berani dan tepat.
"Seperti yang dilakukan oleh generasi kedua di Felda
Keratong 5 ini, ia amat disokong dan kita sendiri mahu ia diperluas dan kita
mahu pastikan bukan hanya 125 orang sahaja yang dapat lot rumah ini tetapi baki
90 peratus lagi generasi kedua yang lain," katanya.
Beliau berkata secara langsung melalui cara itu ia dapat
memenuhi impian anak-anak peneroka untuk terus tinggal di tanah rancangan
dengan kediaman yang lebih selesa bagi meneruskan legasi perjuangan ibu bapa
mereka.
0 comments:
Post a Comment