Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 6, 2017

AYAH BUKAN TAK SAYANG ANAK, TAPI...


keluarga


Shah Alam - Dalam hubungan kekeluargaan, jarang sekali kita dapat melihat seorang ayah menunjukkan kasih-sayangnya kepada anak, namun jangan disangka bahawa dia tidak sayang. 

Kaunselor, Dr Syed Yusainee Yahya berkata, seorang ayah menunjukkan kasih sayangnya dengan menggunakan isterinya. 

"Orang lelaki ini, dia sayang anak-anaknya tetapi dia tidak tunjukkan, cara dia tunjukkan ialah melalui isterinya.

"Ayahlah yang akan ingatkan ibu untuk bertanya khabar anak-anak, risaukan makan minum mereka dan ingin tahu bila anak akan pulang ke rumah," katanya ketika 'Power Talk' Mingguan Wanita bertajuk 'Cara Kesan Suami Curang' di Karnival Karangkraf 2017 semalam.

Justeru, Syed Yusainee memberikan nasihat buat para suami di luar sana bahawa jika mereka sayangkan anak, maka sayangilah juga para isteri mereka itu. 

"Kalau dah sayang anak, kenalah juga sayang isteri yang dah mengandung, melahirkan dan menjaga anak-anak itu," katanya lagi.


0 comments:

share2