Exco Komunikasi Pahang, Dato’ Shahaniza
Shamsuddin mengumumkan bahawa Pahang
akan menjadi tuan rumah Karnival NegaraKu pada 21 hingga 26 Februari depan.
“Acara karnival akan diadakan di Dataran Tasik Pekan pada 24
hingga 26 Februari membabitkan perbagai acara berkaitan semangat cintakan
Negara”.
“Acara Karnival NegaraKu bertujuan menghubungkan dan
menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.
Di samping itu, ia juga bersifat memberi kefahaman terhadap kenegaraan,
terutama kepada anak-anak muda untuk cintakan negara, perlembagaan dan
Institusi Raja dalam jiwa mereka.” Kata beliau.
Turut diadakan sempena Karnival adalah menziarahi tokoh yang
telah memberi sumbangan bakti kepada negara di empat kawasan di Maran.
Acara dialog, pameran, kebudayaan dan interaktif turut
disertakan dalam program Karnival NegaraKu.
Dato’ Shahaniza berharap anak-anak muda akan turut hadir di
Karnival NegaraKu bersama keluarga mereka bagi menjayakan acara yang dijangka
mendapat sambutan lebih 30 ribu masyarakat dari seluruh negara.
0 comments:
Post a Comment