Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 13, 2017

PANDUAN BELI TANAH


rumah


Harga rumah yang semakin meningkat, membuat orang ramai mula beralih kepada pembelian tanah lot. Bagaimanapun, anda harus berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian tanah. Ikuti panduan berikut;

1 Jangan terburu-buru membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga terlebih dahulu.

2 Jangan membeli daripada orang tengah kerana biasanya mereka meletak harga tinggi.

3 Elak menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram).

4 Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.

5 Semak dahulu geran dan pastikan anda melihat lokasi tanah. Pastikan maklumatnya sama dalam geran.

6 Periksa status geran. Adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.

7 Periksa dengan pejabat tanah adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar tidak tertipu.

8 Jika menggunakan ejen pastikan anda mendapatkan nombor telefon pemilik tanah dan berjumpa dengan tuan tanah terlebih dahulu.

9 Pilih tanah yang tidak mempunyai sebarang sekatan. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit.

10 Buat perjanjian jual beli dan pastikan pembelian mengikut terma undang-undang.


0 comments:

share2