Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 27, 2017

BR1M BUKAN RASUAH, ARAB SAUDI JUGA AKAN LAKSANA: PM


gfds


Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah.

Menurut Najib, pemberian BR1M tidak seharusnya dianggap rasuah memandangkan kerajaan Arab Saudi juga merancang untuk menyalurkan bantuan berbentuk wang kepada rakyatnya.

“Semalam saya berbual dengan beberapa menteri kerajaan Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi akan buat beberapa langkah. Pertama mereka buka akaun penduduk di Arab Saudi untuk dimasukkan duit kepada keluarga yang memerlukan bantuan.

“Maka jika kerajaan Arab Saudi bagi bantuan dalam bentuk wang, dana kepada rakyat mereka yang memerlukan bantuan, mereka tak anggap itu rasuah, kalau kita buat ada yang anggap rasuah.

"Itu saya kata, jangan politikkan, BR1M bukan rasuah, BR1M nak tolong rakyat yang memerlukan bantuan. Kita tak kata dapat BR1M mesti sokong kerajaan BN,” katanya ketika berucap sempena Perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Parlimen Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Malah kata Perdana Menteri, Arab Saudi sebagai negara yang kaya dengan hasil minyak juga akan turut memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ujarnya, ia sekali gus, menunjukkan langkah Malaysia melaksanakan cukai itu pada 2015 bukan langkah yang salah.

“Kerajaan Arab Saudi yang kaya dengan minyak pun perkenalkan GST, maka adalah sebab yang munasabah GST diperkenalkan,” katanya.


0 comments:

share2