Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 15, 2017

154 MAUT AKIBAT MUSIM SEJUK


154 maut akibat musim sejuk di Taiwan


Taipei - Musim sejuk yang disifatkan sebagai 'luar biasa' menyebabkan 154 mangsa maut dalam tempoh empat hari akibat demam selsema, strok dan sakit jantung.

Menurut laporan Shanghaiist, suhu yang rendah pada 6.7 darjah celcius juga mengancam nyawa warga emas.

Januari lepas, 85 mangsa maut selepas suhu jatuh kepada 4 darjah celcius yang disifatkan antara musim sejuk yang dahsyat dalam sejarah di Taipei.

Difahamkan, kebanyakan mangsa yang maut memiliki kekurangan dari segi peralatan elektrik yang mampu menghangatkan badan dan mengeluarkan haba

Ketika ini, suhu semakin meningkat dan dijangka kembali normal di Taiwan.


0 comments:

share2