Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 9, 2017

CITA RASA MEWAH, HARGA SERENDAH RM10


Cita rasa mewah,  harga serendah RM10


Sedap dan murah. Begitulah yang dirasai ketika menjamu hidangan kambing gril yang disediakan kiosk AA Super Grill ketika pembukaan cawangan kelapan di Bukit Jelutong.

Pemiliknya, Mohd Aslam Norzahari, 28, berkata, sepinggan hidangan itu memenuhi cita rasa ramai apatah lagi 'dijirus' sos lada hitam pekat.

"Faktor harga berpatutan dan banyak menyebabkan perniagaan berkembang dengan pantas walaupun masih setahun berniaga.

“Kiosk pertama dibuka di Subang Bestari bermodalkan RM3,000 dengan menyewa di sebuah gerai makanan di situ.

“Selepas enam bulan berniaga, saya mampu menjual 70 hidangan mencecah sehari,” katanya ketika pelancaran kiosk baharunya itu.

Mula beroperasi jam 6.30 petang hingga 11 malam, Mohd Aslam menawarkan satu hidangan dengan harga RM10.

Namun berbeza dekat kiosk baharunya di Bukit Jelutong, dia menjual dengan RM12 memandangkan sewa di situ lebih tinggi berbanding lokasi lain.

Selain itu, dia juga turut menawarkan khidmat penghantaran bagi mereka yang tinggal di Shah Alam.

Manakala kiosk di Bangi, Puchong, Petaling Jaya, Kemaman dan Dungun tidak menawarkan khidmat tersebut.

Memilih perniagaan berkonsepkan kioks, dia berkata, lebih jimat dan memudahkannya untuk berniaga apatah lagi dia masih lagi berkhidmat sebagai jurutera.

“Berniaga pendapatan kedua saya selain kerja tetap.

“Sudah menjadi rutin seharian saya selepas habis waktu bekerja akan menyediakan bahan-bahan untuk berniaga.

“Buat masa sekarang, saya lebih menumpukan pada kiosk di Bukit Jelutong memandangkan ia masih lagi baharu,” katanya.

Sementara itu, beberapa lokasi kioksnya dijaga oleh rakan kongsi dengan kaedah ‘licencesing’ kepada mereka yang berminat dengan perniagaan itu.

Kebanyakan rakan kongsinya adalah pelanggan AA Super Grill kerana pembuatan makanan begitu tidak merumitkan seperti makanan lain.

Katanya, idea perniagaan itu timbul selepas melepas penyediaan kambing golek.

“Saya ingin perniagaan ringkas dan tidak cerewet untuk diuruskan.

“Lagipun penyediaan perniagaan ini mudah dan cepat kerana daging sudah dipotong dan sos sedia ada, hanya tunggu untuk grill atas hot pan sahaja,” katanya.


0 comments:

share2