Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 29, 2016

RM17,400 MUSNAH DIMAKAN TIKUS


RM17,400 musnah dimakan tikus


Beijing - Wang tunai berjumlah 27,000 yuan (RM17,400) yang disimpan dalam sebuah tong di dalam sebuah gua oleh seorang wanita musnah akibat dimakan tikus.

Menurut laporan South China Morning Post, wang tersebut mula disimpan pada Julai tahun ini dan diletakkan di dalam sebuah gua di Yulin dalam bentuk not 10, 50 dan 100.

Kejadian disedari wanita terbabit selepas anaknya jatuh sakit dan dia memeriksa tong simpanannya untuk mendapatkan wang untuk perbelanjaan perubatan.

"Saya tidak pandai membaca atau menulis, saya tak boleh pergi dan simpan wang di bank," kata wanita berkenaan yang berusia 51 tahun.

Bagaimanapun, undang-undang membenarkan pertukaran not wang yang musnah jika pemilik mampu memberikan cebisan not terbabit.

Not berkenaan kemudian akan disahkan dan mangsa boleh diberikan ganti rugi.

Kisah wanita berkenaan juga telah menarik perhatian seorang pengurus bank yang memaklumkan supaya wanita terbabit memberikan semua not wang yang musnah kepadanya untuk digantikan.


0 comments:

share2