Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 27, 2016

KHAIRY BIDAS KENYATAAN TUN M ISU BR1M RASUAH


Khairy bidas kenyataan Tun M isu BR1M rasuah


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan Pengerusi Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat adalah satu bentuk rasuah.

Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan Khairy berkata, kenyataan Mahathir itu sama sekali tidak boleh diterima, kerana kaedah pemberian itu telah diterima pakai diseluruh dunia.

"Ini mengarut. Pemindahan tunai diterima sebagai program ekonomi di seluruh dunia. Namun, masih ada orang yang percaya cakap beliau," katanya di Twitternya semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mahathir yang mengulangi semula dakwaannya bahawa pemberian BR1M merupakan suatu kesalahan rasuah, dan ia salah di sisi agama dan undang-undang negara.

Dalam pada itu, Khairy dengan sinis berkata kenyataannya itu pasti akan mengundang kecaman terutamanya daripada generasi muda kini.

"Dan ada beberapa pihak daripada Gen Y sesat yang belum hidup di zamannya akan berkata: 'Apa yang kamu tahu? Kamu tidak bina menara berkembar," ujar beliau di Twitter.

BR1M adalah salah satu bantuan wang tunai kepada rakyat berpendapatan rendah yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak, bermula dengan pembentangan Bajet pada tahun 2012 sehinggalah kini.


0 comments:

share2