Gambar hiasan.
Kejadian tanah runtuh berulang lagi dan berkali-kali. Tidak mendatangkan korban namun membimbangkan masyarakat. Terus ianya dikaitkan dengan penerokaan tanah.
Dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari berserta dengan penglibatan semua orang dalam 'kewartawanan rakyat' maka banyak pihak bebas memberi komennya ... positif dan negatif.
Berbalik kepada soal asas dan soalan lazim: Ini Salah Siapa?
Masyarakat terus menyalahkan kerajaan kerana kegagalan penguatkuasaan serta dituduh juga berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Namun dalam masa sama kita juga harus melihat siapakah pelakunya? Sudah tentulah pelakunya adalah peneroka atau pemaju dan ianya adalah dikalangan rakyat... dikalangan kita ... saudara mara atau sahabat-sahabat kita. Bahkan secara tidak langsung kita juga ada berkepentingan.
Kita menuduh kerajaan serta pemimpin telah menyalahgunakan kuasa serta korup. Pemimpin tidak secara langsung menjalankan kerja-kerja dan memantau setiap yang berlaku. Apapun, ianya adalah dibawah pemerhatian agensi-agensi tertentu dan pegawai-pegawainya. Jika berlaku penyelewengan atau korup mereka itu juga tidak harus terlepas dari tuduhan itu. Mereka itu juga adalah dari kalangan kita... saudara mara atau sahabat-sahabat kita.
Kesedaran dan keprihatinan perlu dipertingkatkan dikalangan kita ... masyarakat ... yang ada dikalangan kita dalam masa sama adalah kontraktor... penjawat awam ... pejuang alam sekitar .. pemimpin... penguatkuasa dan sebagainya.
'Kita' perlu lebih menyayangi dunia dan alam sekitar ini lebih dari berperasaan tamak dan haloba kepada harta dan kehidupan duniawi. Kita juga perlu menginsafi bahawa alam ini dan apa yang nikmati ketika ini bukanlah hak kita tetapi adalah yang dipinjamkan kepada kita oleh generasi akan datang.
Artikel ini adalah tulisan blogger bRAVEhEART,
dan beliau merupakan Penulis Tamu Portal 'PahangKu Media'.
0 comments:
Post a Comment