Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 28, 2016

ISU RESORT: JAMAL SAMAN KERAJAAN SELANGOR


Jamal Md Yunos


Shah Alam - Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos disahkan memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan portal tempatan, Jamal memfailkan tuntutan itu bagi pihak syarikatnya Jamal Jaya Holdings Sdn Bhd sebagai pemilik Sekin Fisherman Village Hotel and Resort.

Beliau juga dikatakan menuntut resortnya tidak dirobohkan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Jamal menamakan MDSB, pegawai daerah Sabak Bernam dan kerajaan Selangor sebagai defendan.

Jamal mendakwa tindakan terhadap resortnya itu dibuat susulan 'bantahan bertualanya' terhadap gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini.

Jamal memohon perintah injunksi terhadap tindakan MDSB dan ganti rugi sebanyak RM140,000 susulan perobohan sebahagian struktur di resort itu sebelum ini.


0 comments:

share2