18/12/2016 - Program Pertanian Bandar adalah salah satu dari inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pertanian membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada makanan yang diperlukan.
"Tidak dinafikan bahawa kenaikan kos sara hidup dirasai oleh rakyat di Malaysia namun perlu juga disedari ianya juga berlaku dikebanyakan negara lain diseluruh dunia berikutan kelembapan ekonomi dunia kini."
"Melalui Program Pertanian Bandar ini,adalah diharapkan ianya dapat memberikan manafaat dengan menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup.Selain menambah pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian program ini mampu memupuk minat dan kesedaran terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta kecerian persekitaran komuniti bandar"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul sejurus merasmikan Program pengagihan Input Pertanian Bandar di Pusat Pertanian Sg Kemap Maran Pahang.
Pada program tersebut seramai 60 individu termasuk empat wakil Jawatankuasa Pembangunan Penduduk (JPP) dalam Daerah Maran,13 buah sekolah dan 3 agensi kerajaan telah menerima input pertanian berupa benih sayuran,anak pokok buah buahan,baja serta alatan pertanian.
Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pertanian Daerah Maran Puan Nurul Akma binti Ahmad Zabidi dan En Abdul Rahman bin Jusoh selaku Pegawai Pemantau Daerah Maran.
Shahaniza menanam & menyiram pokok Mesta sebagai simbolik pelacaran Program Pengagihan Input Pertanian Bandar di Sg Kemap Maran Pahang |
0 comments:
Post a Comment