Kuala Lumpur - Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef North bermula esok sehingga Ahad ini.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Selain itu, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Samui, Layang-Layang dan Palawan juga dijangka berlaku esok sehingga Ahad depan
"Keadaan itu turut berbahaya kepada bot-bot kecil," kata kenyataan itu
0 comments:
Post a Comment