Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial mata wang Malaysia tidak diterima di Mekah dan Madinah, Arab Saudi.
Ia berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di 2 kota berkenaan.
“Maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit tidak diterima juga adalah tidak benar. Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang,” kata TH dalam satu kenyataan.
TH menasihatkan jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat menggunakan kad ATM atau debit perlu berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk memperoleh maklumat penggunaannya secara betul.
0 comments:
Post a Comment