Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 24, 2016

[KUANTAN] SIDANG MEDIA RFC 2016 - EXCO PELANCONGAN NEGERI PAHANG





Pertandingan cabaran pacuan empat roda bertaraf antarabangsa anjuran RFC International kembali ke Negeri Pahang yang akan diadakan pada 26hb November sehingga 5 hb Disember 2016.

Kini, acara RFC telah berkembang ke 30 negara seluruh dunia setiap tahun dan telah diktiraf sebagai antara acara sukan permotoran paling mencabar dan lasak di peringkat dunia.

Sempena Tahun Melawat Pahang 2017, RFC edisi ke 20 telah kembali ke Pahang untuk menarik pengunjung dari dalam dan luar negata melawat Pahang.




The Grand Final RFC 2016 akan membawa pelumba-pelumba, peserta dan media dari 30 buah negara.

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam RFC adalah dari Negara Rusia, China, India, USA, Australia, New Zealand, Vietnam, Thailand, Indonesia, Sri Langka, Italy, United Kindom, Poland, Brazil, Argentina dan Singapura.

Acara RFC yang diadakan di negeri Pahang akan bermuka dengan perlepasan konvoi peserta sebanyak 80 buah kenderaan 4 x 4 pada 27hb November bertempat di Dataran Kerang Kuantan Pahang.

Acara "special stages" akan diadakan dikawasan Eco Rimba Pahang, kem PGA Galing dan akan berakhir di Tanah Rata pada 5 Disember 2016.

Untuk turut memeriahkan The Grand Final RFC 2016, akan turut berlepas bersama sama peserta 4 x 4 adalah pelumba pelumba bagi kategori Enduro & Dual Perpose BigBikes.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin ketika ditemui selepas gimic flag off mengalu-alukan kehadiran acara yang bertaraf antarabangsa dan Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menyokong aktiviti sukan permotoran lasak apatah dengan kempen Tahun Melawat Pahang 2017.

  

       


0 comments:

share2