Sempena dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) daripada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) pada 1 Oktober lalu, logo dan lagu korporat PKPP turut dilancarkan.
Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob yang
merasmikan logo baru PKPP berkata visi dan misi baru PKPP harus di laksanakan
dengan baik.
Menurut beliau cara terbaik untuk kakitangan PKPP menempuh
masa depan adalah dengan mencontohi nilai-nilai sifat Nabi S.A.W. ‘Benar’,
‘Amanah’, ‘Cerdik’ dan Menyampaikan’.
“Selain itu dengan sifat-sifat murni yang lain, kita akan
mempunyai jadidiri yang kental dan organisasi yang kita berkhidmat akan
mendapat kebaikan.” kata beliau.
Dato Sri DiRaja Adnan turut yakin dengan pengurusan PKPP
yang ada sekarang untuk meneruskan visi dan misi yang ditetapkan sejak
penubuhan asal LKPP pada tahun 1971.
0 comments:
Post a Comment