Sampai tergamam Ayda Jebat dibuatnya. Itu situasi awkward yang dialami Ayda apabila ‘dimalukan’ oleh seorang krew ketika sedang menjayakan acara program Running Man Challenge yang berlangsung di Paradigm Mall, Kelana Jaya, semalam.
Insiden berlaku ketika Ayda mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar selfie dengan selebriti terkenal Korea Selatan, Lee Kwang Soo yang diterbangkan khas untuk acara tersebut.
Belum sempat ‘click’, handphone Ayda terus dirampas seorang lelaki yang dipercayai merupakan pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga Kwang Soo.
Melihat insiden itu, Kwang Soo secara spontan bertanya kepada Ayda dalam bahasa Korea, ‘gwenchana’ yang bermaksud ‘awak tak apa-apa?’ sebelum berlalu pergi mendapatkan pengawal yang merampas telefon milik aktres comel itu.
Kwang Soo secara gentleman meminta kembali telefon daripada lelaki tersebut dan memulangkan semula kepada Ayda.
Selepas itu, Kwang Soo meneruskan niat terbantut Ayda untuk berselfie sebagai tanda mohon maaf.
Tindakan Kwang Soo itu kemudiannya mendapat sorakan gemuruh daripada peminat yang hadir di ruang legar pusat beli-belah berkenaan.
Insiden itu turut disaksikan selebriti tanah air yang lain seperti Ajak Shiro, Hairul Azreen dan Saharul Ridzwan.
Video insiden itu kemudiannya menjadi viral di laman sosial bila mana seorang peminat memuat naik di Internet.
Kebanyakan netizen mengutuk tindakan biadap dan kurang ajar pengawal tersebut.
0 comments:
Post a Comment