Kuala Lumpur - Cadangan memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik mampu mengukuhkan keadaan 'tahap kesamarataan' di arena politik negara.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) itu akan membantu mengawal dan menyelaras perbelanjaan politik bukan sahaja parti di bawah Barisan Nasional, malah semua parti politik yang ada.
"Di peringkat kita, Umno mengalu-alukan tetapi tidak boleh terburu-buru kerana apa yang disebut oleh (Pengerusi JKNMPP) Datuk Paul Low itum perkara yang akan dibawa kepada jemaah menteri.
"Setelah ia dipertimbang dan sekiranya perlu dikanunkan sebagai sebuah akta, ia akan dibawa ke Parlimen. Barulah kita berada dalam satu 'level playing field'," katanya selepas mempengerusikan mensyuarat bersama Setiausaha Penerangan Umno negeri di sini semalam.
Annuar menggesa parti pembangkang untuk sama-sama bersetuju bagi mengadakan undang-undang yang lebih telus mengenai perkara berkenaan.
0 comments:
Post a Comment