Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 7, 2016

PM NORWAY KANTOI MAIN POKEMON GO DALAM PARLIMEN


PM Norway kantoi main Pokemon Go dalam Parlimen


Oslo - Perdana Menteri Norway, Ema Solberg dilihat bermain Pokemon Go ketika sesi perbahasan di parlimen Norway, lapor The Guardian.

Ema dirakam sedang bermain permainan itu semasa perbahasan di Storting.

Namun, perbuatan pemimpin itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana umum mengetahui Ema adalah salah seorang peminat Pokemon Go.

Semasa lawatan rasminya di Slovakia, dia mengambil sedikit masa untuk bermain permainan itu.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama insiden seumpama ini berlaku, sebelum ini seorang ahli politik Norway turut dilihat bermain permainan ini di Parlimen.

Pemimpin parti Liberal Norway, Trine Skei Grande, dilihat bermain permainan semasa mesyuarat keselamatan negara Ogos lalu.


0 comments:

share2