Kota Bharu - BN perlu positif terhadap saranan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) sekiranya benar ingin meraih sokongan pengundi muda pada PRU14 nanti.
Penganalisis politik, Dr Rusdi Omar berkata, sudah tiba masanya BN memikirkan perkara ini dan mencari jalan untuk melahirkan lebih ramai calon pelapis yang berupaya memimpin masa depan.
“Calon muda berkenaan bukanlah dalam kalangan sembarangan, mereka perlu mempunyai taraf pendidikan tinggi selain memiliki ciri- ciri kepimpinan unggul serta mampu melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.
“Mereka juga perlu mempunyai sikap mudah didekati selain bijak mengawal keadaan dan mampu meletakkan diri dalam apa jua situasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas cadangan Khairy yang berharap lebih ramai calon muda diketengahkan pada PRU14 nanti.
Khairy sebelum ini pernah menyuarakan agar pimpinan tertinggi memainkan peranan mengenalpasti calon muda berpotensi dan menyenaraikan nama mereka pada PRU akan datang dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang dapat memenuhi kehendak rakyat pada masa depan.
Beliau yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, calon lama perlu memberi peluang kepada calon muda yang lebih berwibawa dan bersemangat untuk memacu negara ini.
“Mereka (calon lama) sebaiknya menjadi penasihat kepada calon- calon muda ini. Sudah sampai masanya BN fikirkan perkara ini dan lahirkan pelapis kepada pemimpin masa depan,” katanya.
Rosdi berkata, banyak jaminan boleh diberikan calon muda dalam PRU nanti termasuk meraih sokongan pengundi muda yang merupakan kumpulan majoriti.
“Faktor pengundi juga penting dlm PRU14 nanti kerana majoriti yg akan mengundi kelak adalah golongan muda. Jika calon dalam kalangan mereka diketengahkan, ia akan memberi kesan positif,” katanya.
0 comments:
Post a Comment