Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 17, 2016

[MUADZAM SHAH] 19 PENUMPANG NYARIS MAUT BAS JATUH LERENG BUKIT


Bomba


Seramai 19 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang mereka naiki itu terbabas dan terbalik lalu jatuh ke lereng bukit berhampiran simpang ke Tabung Haji di Jalan Keratong dekat Rompin petang ini.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Rompin Abdul Satar Harun berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 4.02 petang dan jentera tiba di lokasi 26 minit kemudian.

"Sesampai di lokasi kejadian kita dimaklumkan bahawa seorang penumpang wanita cedera telah dibawa ke hospital, saya difahamkan penumpang itu patah kaki.

"Lapan belas penumpang lain termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Satar berkata seramai tujuh anggota bomba termasuk pegawai terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan kekuatan sebuah jentera.

Beliau berkata difahamkan bas ekspres itu terbabas kerana cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang tiba-tiba masuk ke simpang secara mengejut.



0 comments:

share2