Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 17, 2016

MAHU MAKAN TENGAH HARI DALAM KAPAL TERBANG?


Mahu makan tengah hari dalam kapal terbang?


Hubei - Peminat restoran eksotik kini ada pilihan baru dalam memilih lokasi santapan mereka, iaitu sebuah restoran kapal terbang.

Restoran tersebut yang dibuka pada 9 September lepas di Wuhan menggunakan pesawat Boeing 737 yang sudah 'bersara dari perkhidmatan'.

Menurut laporan People's Daily Online, pemilik restoran, Li Yang menghabiskan RM21,487,049.72 untuk membeli dan menghias pesawat tersebut sebagai sebuah restoran.

Li yang menamakan restoran tersebut sebagai 'Lily Airways' telah membeli pesawat berkenaan dari sebuah syarikat penerbangan Indonesia yang jatuh muflis pada 2013.

Menu makanan restoran pesawat tersebut difahamkan boleh mencecah sehingga RM183.66 untuk satu hidangan.

Restoran Lily Airways boleh memuatkan 70 pelanggan pada satu-satu masa.


0 comments:

share2