Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 5, 2016

LEJEN PENJUAL UBAT MASJID INDIA KEMBALI KE KTM KL


WhatsApp Image 2016-09-05 at 8.00.35 AM


Siapa tidak kenal Khalid Salleh; aktor terbilang tanah air yang pernah memenangi anugerak Aktor Terbaik Festival Filem Asia (AFF) 2002.

Kemenangan Khalid Salleh mengembalikan nama aktor Malaysia dalam senarai penerima anugerah AFF selepas P. Ramlee melakukannya pada 1956 dan 1962.

Khalid Salleh seorang penjual ubat jalanan pada permulaan kariernya pada tahun 70an. Dia berdiri antara Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit pada awal usia muda menjual makjun tradisi hasil ramuan allahyarham ayahnya.




Selepas dibawa pengarah drama terkenal Syed Alwi ke arus perdana, Khalid Salleh mengabdikan bakatnya pada dunia drama TV dan filem.

Filem Kaki Bakar arahan Uwei Saari meletakkan Khalid Salleh sebagai lejen filem Melayu abad 21.

Hari ini, selepas 35 tahun, Khalid Salleh kembali sebagai penjual ubat. Cuma kali ini dalam mood lebih artistik dan stail yang lebih fenomena.

Pada 3 September Khalid Salleh menggemparkan pengguna komuter di Stesyen Keretapi Kuala Lumpur apabila muncul pada 4.00 petang. Khalid muncul sama seperti 35 tahun lalu. Cuma kali ini beraksi sebagai Penjual Ubat, namun dengan misi menjual buku.


Khalid mendapat sokongan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) untuk berkeliling seluruh Malaya, menjual ubat demi memperkenalkan buku.

Khalid Salleh muncul dengan aksi bertenaga menjual ubat dengan pelbagai kisah dan kritik sosial serta politik yang tajam tapi harmonis. Dia tidak bersendirian, sesi panggung jual ubat dibuka dengan persembahan Adindo Amiro dan Sani Sudin serta ditemani Fai Zakaria.

Kuala Lumpur destinasi pertama. Khalid Salleh akan terus berkeliling ke seluruh Malaya. Tunggu… Khalid Salleh akan sampai ke stesen keretapi di bandar anda! 




0 comments:

share2